Halaman

Khamis, 18 Ogos 2011

Nuzul Al-Quran











NUZUL AL-QURAN

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1


Nama-Nama Lain:


Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.
Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:

1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”

Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
Peringatan:
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.


Dr. Abdul Rahman Abdullah
Atase Pendidikan,
MSD Washington DC.
Ramadan 1430 September 2009

Isnin, 8 Ogos 2011

Bonus Kakitangan Awam Sempena Raya 2011. + Skim Tawaran Baru RM 850...Rezeki anak...

Alhamdulillah...rezeki anak...Bonus dapat separuh gaji + Skim tawran baru dapat RM 900.....

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM SEMPENA RAYA 2011.
dari bhonline.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kenapa kucing tanam taik die selepas berak??

Jarang letak tajuk entry kotor2 macam tu,tapi sekali sekala takpe kan?Okey,dari kecik lagi acapkali saya terfikir,kenapa kucing ni kalau berak sepah2 kat mana pun,dia mesti akan tanam juga taik dia..kenapa eh?

Sampai lah ada sekali tu,saya pergi library masa kecik dulu,ada jumpa satu buku cerita tajuk dia lebih kurang "kisah kucing dan harimau"..Cerita dia mengenai kucing dan harimau yang berkawan baik lah.Bayangkan tw kucing kawan dengan harimau.

Macam logik juga kan cerita tu sebab dorang ni kan dari keluarga yang sama.Nak jadikan cerita,suatu hari,harimau amanahkan kucing untuk jaga makanan dia sebab dia ada urusan nak kena setelkan.Kucing pun setuju.Sepeniggalan makanan harimau dengan kucing tu,kucing tu lapar sangat2.

Kucing tu fikir,agak2 line clear ni,apa salahnya kan dia makan sikit..nak jadi cerita,dia terlajak makan sampai habis makanan tu semua..Kucing tu dah risau,macamana ni?Jadi ia terfikir dia terpaksa lah berbohong dengan harimau.Cakap je ada binatang lain curi makanan tu semua.


Bila dia dah tipu harimau tu,harimau tu pun ngamuk..dia menjerit.."siapa yang curi makanan aku.aku boleh detect siapa melalui taik dia nanti!!"..kucing tu takut..sejak dari tu lah sampai sekarang,bila kucing habis berak je,dia akan tanam taik dia tu..sebab takut harimau jumpa..

CUEPACS TERUS MINTA KERAJAAN TIMBANG BONUS DUA BULAN

04 Ogos 2011

Bernama
4/8/2011


KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

Sementara itu, Cuepacs berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata walaupun Cuepacs sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

"Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan Cuepacs, kenapa Cuepacs menolak SPB," katanya.

Cuepacs sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam.

Ramadhan 2012








Bismillahhirrahmanirrahim…

Cuba kira… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari jumaat, jadi 3 August 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi tentang huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadhan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, dan tentang satu suara yang amat dahsyat yang akan kita dengar di langit, bukan kiamat tapi satu huru-hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas di permukaan bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu… ALLAH sahaja maha mengetahui… Cuba kita lihat hadis nabi di bawah ini dan kenyataan pasal kalender islam 2012…

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 – September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 – November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 – August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 – November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 – August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 – October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...