SEORANG pemandu lori, Li Feng terselamat selepas tertusuk kayu dalam kemalangan di lebuh raya di bandar Kaifeng, wilayah Henan, China.
Nasib menyebelahinya apabila kayu sepanjang 6 meter itu tidak terkena di hati dan jantungnya.
Ketika kejadian lori dipandu Li, 40, dipercayai melanggar sebuah tiang lampu sebelum muatan kayu yang dibawanya itu menggelongsor sehingga menikam dadanya.
Selepas dibedah, doktor Chung Peng mendapati, kayu itu hanya mengenai bahagian perut, limpa dan paru-paru kirinya sahaja.
“Risiko ditanggung pesakit kini kemungkinan berlaku jangkitan berpunca daripada sisa dan serpihan kayu itu,” katanya di petik The Mirror News
Sementara itu, jurucakap polis Li Wu berkata, kejadian itu berpunca daripada muatan lebihan yang dibawa menyebabkan lori tersebut tidak stabil.
Sumber dari : Sinar Harian
Selasa, 29 April 2014
Belajar Dari Sudut Positif : Kisah kubur seorang wanita yang bercahaya semasa sedang dikebumikan.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah kubur seorang
wanita yang bercahaya semasa sedang dikebumikan.
Bagi saya sebagai seorang hamba Allah kita hendaklah
memandangnya dari sudut positif..Alhamdulilah jika benar apa yang berlaku dan
sepatutnya kita yang masih hidup perlu mendoakan si mati...Sebaliknya jika apa
yang diceritakan adalah palsu sama juga kita perlu mengambilnya dari sudut
positif....Percaya pada kekuasaan Allah..
"Daripada Allah kita datang dan kepadanya kita
kembali"
Belajar Insafi Diri : Israel dilanda gempa bumi ketika pengebumian Ariel Sharon
TEL AVIV- Ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel
Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran
3.5 skala Richter
Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa
sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara
Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa
gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.
Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut
Geofizik Israel.
Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel
Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.
” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di
Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki
dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan
berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.
Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib
kau sekarang kan.
Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’
itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa
berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana
Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang
dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang
Islam di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan
Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk
membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon
untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500
orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan
beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam
kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.
-MyNewsHub
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)
