TEL AVIV- Ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel
Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran
3.5 skala Richter
Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa
sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara
Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa
gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.
Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut
Geofizik Israel.
Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel
Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.
” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di
Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki
dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan
berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.
Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib
kau sekarang kan.
Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’
itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa
berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana
Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang
dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang
Islam di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan
Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk
membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon
untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500
orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan
beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam
kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.
-MyNewsHub

Tiada ulasan:
Catat Ulasan