Halaman

Ahad, 9 Oktober 2011

Orang Tua Jangan Malu Menuntut Ilmu

Salam!

Tuntut ilmu tu wajib bagi orang islam,tidak kira sama ada tua,muda,kecil dan besar.Kenapa tiba-tiba boleh keluar statement ni?.Jawapanya disini,

Zaman sekarang serba canggih ada laptop,computer,handphone ada smart phone dan berbagai lagi.Kalau nak dibandingkan dengan 20/30 tahun yang lepas memang jauh beza.Masa aku kecik dulu pun dah umur 16 tahun baru berpeluang nak tengok dan pegang,itu pun dah rasa bangga tak terhingga,balik rumah terus cerita kat mak yang anak mak ni belajar computer tapi hakikatnya baru belajar on switch dan shutdown computer.

Lepas habis sekolah jangan harap nak sentuh computer,bukan nya apa sebab pada masa tu tak ada cyber cafe dan pada masa tu kalau ada computer kat rumah dah dikira golongan kaya dan memang canggih orang tu.

Sehinggalah sekarang yang mana sama baya umur memang agak kurang bab computer ni,ada yang segan,takut nak cuba dan lebih dasyat lagi malu! sebab dah tua dan sangat malu nak bertanya.Ada ker orang yang macam ni?banyak sangat!!!

Aku dapat belajar computer pun dari office,sebab aku nak kena hantar report kat boss,belajar excel,words,powerpoint dengan sendiri ,tak ada ambik mana-mana kelas khas untuk belajar.Pada masa dalam dok terkial-kial nak menaip kalau tak faham atau tak tahu selamba jer tanya orang yang lebih muda dari aku,nak malu buat apa kan nanti diri sendiri yang susah.

Tak salah orang tua belajar dari orang muda…sebab dulu-dulu kami orang2 lama(wah lama ker)tak ada peluang nak belajar bab computer apatah lagi bab blog nih.Seriously aku belajar sendiri macam mana nak buat blog lepas tu barulah pi cari ilmu sendiri.

Rata-rata banyak orang muda yang ada blog hebat-hebat,blog cantik,siap dengan widget2 canggih.Tapi aku tak malu nak tanya pada orang muda macam mana dorang buat ,sebab ilmu ni tidak terhad kepada sesiapa,siapa pun boleh belajar orang tua atau muda.Siapa belajar dia pandai itu jer prinsip hidup aku…

Kalau kita bertanya pada orang muda pun tak ada pun dorang nak kutuk malah mereka lebih menghargai kerana meraka rasakan mereka dah kongsikan ilmu dengan orang yang lebih tua.

Kalau aku sendiri pun ada Pak Haji umur 55 tahun nak tanya pasal nak buat akaun facebook, dengan rasa bangganya menunjuk ajar sampai Pak Haji pandai berchatingg dengan Mak Aji..silap2 Pak Haji tu bagi line berchating dengan anak dia wuhaaa…<— gatal ehh..

Kesimpulan nya Orang Tua jangan malu,takut,segan nak menuntut ilmu dengan orang Muda!

Habis daa…

Khamis, 6 Oktober 2011

Nabi Adam Menelan Anak Syaitan

Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam. Suatu hari si Ibu Syaitan ternampak anaknya yang bernama Khannas. Lalu di panggilnya “Khannaz…. mari sini ikut mak…” Lalu di pun pergi menuju ke rumah Nabi Adam dan Siti Hawa.

Ketika itu, Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggal lah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya di ketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa lalu dia bertanya “Siapa kamu..” Ibu Syaitan menjawab “Tolong jagakan anak saya… nanti saya akan datang untuk ambil dia balik” Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui apa-apa terus memberi pertolongan.

Apabila Nabi Adam pulang, baginda terperanjat dan bertanyakan Siti Hawa “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam berfikir dan berkata “Ini tentu anak Syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…”

“Apa yang harus kita lakukan sekarang..?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam menjawab “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita… Nanti apabila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”

Keesokkan pagi, Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja, “Mana anak aku…” Tanya Ibu syaitan pada Siti Hawa, Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut.

“Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana…” terang Siti Hawa.

“Oh… benarkah?” jawab Ibu Syaitan dengan selamba.
Kemudian Ibu Syaitan memanggil anaknya “Khannasss….!!!”
Tiba2 daging2 khannas yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khannas kembali…. Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. Apabila Nabi Adam pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannaz itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.

Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita..” kata Nabi Adam.
“Apa harus kita lakukan…”tanya Siti Hawa.
“Beginilah..kita bakar anak Syaitan ini dan abu nya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu Ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam.

Keesokan paginya datanglah Ibu Syaitan ini bertanyakan anaknya Khannas ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja.

“Mana anak aku?” tanya Ibu Syaitan.
“Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!” jawab Siti Hawa.

“Oh benarkah? Kata Ibu Syaitan lalu sekali lagi memanggil anaknya “Khannas!!!”
Kemudian bercantumlah kembali daging Khannas dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk menjaga Khannas.

Apabila Nabi Adam pulang, baginda mendapati anak Syaitan itu masih juga berada di rumah nya

“Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita” kata Nabi Adam.
“Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa.
“Begini sajalah… kita belah dua anak syaitan ini.. kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam.

Keesokan hari, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja.
“Mana anak aku” tanya Ibu Syaitan.
“Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..”jawab Siti Hawa dengan penuh yakin
“Kenapa?” tanya Ibu Syaitan.
“Anak kamu telah kami telan.!!” Jawab Siti Hawa dengan tegas
“Oh Benarkah? Lalu Ibu Syaitan memanggil anaknya… Khannas !!!
Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa…
“Bagus anakku.. kamu duduk sana, jangan sesekali keluar…” Ibu Syaitan memberi arahan
Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hingga hari kiamat.

Syaitan Khannas ini tugasnya:-
- Bila kita makan dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti
kita buat dia akan menyertainya JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya KITA BERASA WAS-WAS, sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat tu tiba-tiba sahaja tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Kadang-kadang bila buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa “Eh! dah buat ke belum yer..?” ubatnya banyakkan dengan BERISTIGHFAR…
- Syaitan Khannas ini akan belari / bermain dalam darah kita…Ubatnya…banyakkanlah
Zikir…

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas
ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BISMILLAH dan Doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.
Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang sudah menjadi Suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Bacalah BISMILLAH dan doa-doa. Nanti Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta. Lihatlah bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam..

Dalam Surah An-Naas juga ada menceritakan hal Syaitan bernama Khannas yang sentiasa buat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

Waullahu’alam….


TERPULANG KEPADA KITA UNTUK MEMBUANG ATAU BERKAWAN DENGAN SYAITAN ITU..

Rabu, 5 Oktober 2011

Lelaki koma tertusuk pisau potong rumput

Nasional Nasional 2011-10-05 10:00 Click: 7 Disediakan oleh Berita Harian

ABDUL Wahab terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah selepas cedera di kepala dan tertusuk bilah pemotong rumput di Kampung Tok Tambak, semalam.

ABDUL Wahab terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah selepas cedera di kepala dan tertusuk bilah pemotong rumput di Kampung Tok Tambak, semalam.
Mangsa dipercayai tertekan suis ketika tukar bilah baru dibeli

ALOR SETAR: Seorang lelaki koma apabila bilah pisau mesin pemotong rumput yang sedang ditukarnya patah lalu melantun dan tertusuk di kepalanya, selepas dia dipercayai tersilap tertekan suis mesin berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Kampung Tok Tambak, Tunjang, dekat sini, Ahad lalu. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 malam ketika Mohd Abdul Wahab Mat, 37, dikatakan sedang menukar bilah pisau mesin pemotong rumput yang baru dibelinya sehari sebelum itu dengan pisau yang berbentuk cakera sebesar piring. Mangsa dikatakan menukar bilah mata pisau berkenaan pada malam itu sebagai persediaannya untuk memotong rumput di sawah pada keesokannya.

Abang mangsa, Mohamad Nor, 49, berkata adiknya yang masih bujang dan mengambil upah kerja kampung, dipercayai tertekan suis mesin pemotong rumput berkenan menyebabkan pisaunya itu patah apabila terkena lantai simen.

Katanya, serpihan bilah pisau itu yang terpelanting kemudian tertusuk di bahagian atas dahinya.

Ketika kejadian hanya mangsa serta ibunya, Chik Ali, 65, dan bapanya, Mat Don, 71, berada di rumah dan mereka berdua terkejut apabila mangsa menjerit sebelum pengsan di ruang tamu rumah.

"Dia baru saja membeli mesin pemotong rumput berkenaan dan menukar bilah matanya sebagai persediaan untuk memotong rumput di sawah pada keesokannya.

"Dia mungkin tertekan suis mesin pemotong rumput itu menyebabkan pisau pemotong itu berputar dan patah apabila terkena lantai.

"Sebaik bapa dan ibu mendapati Abdul Wahab terbaring berlumuran darah, mereka terus mengambil kain serta menekap kepala adik yang luka kerana darah terlalu banyak keluar sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans dengan mata pisau itu masih melekat di kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Abdul Wahab yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri. Doktor sudah menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan mata pisau yang tertusuk di kepalanya sehingga menembusi otak mangsa.

Katanya, doktor memaklumkan adiknya itu perlu menjalani pembedahan susulan kerana masih ada serpihan mata pisau itu terbenam dalam kepalanya.

Ahad, 2 Oktober 2011

Bahan KSSR Bahasa Arab 2012 Tahun 1 dan 2

Kepada guru-guru atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan KSSR, boleh merujuk terus di laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penerangan tentang Konsep, Bahan Sokongan, dan Buku Panduan Guru telahpun dimuatkan di laman web tersebut.Di blog saya juga ada sedikit bahan yang boleh digunakan untuk KSSR tahun 1 dan 2 2012...

Bahasa Arab
Taklimat DSK Bahasa Arab Tahun 2
Taklimat SP dan HSP Bahasa Arab Tahun 5 (KBSR)
Taklimat Buku Teks Tahun 2 dan Tahun 5
Lughatul Fasli

Ini baru beberapa fail.Saya akan upload fail2 yang lain akan datang...


Bajet 2012

Kerajaan akan bekerja keras memastikan masalah rakyat mengenai kos kehidupan tinggi yang dihadapi mereka sekarang dapat diuruskan dalam keadaan global yang mencabar pada masa kini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan yang terbaik dalam menangani kos yang semakin meningkat dan mencari jalan untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.

Beliau berkata Bajet 2012 akan datang akan memberikan tumpuan kepada pengurusan kos kehidupan rakyat dan kerajaan akan merancang strategi terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat dan pada masa sama menguruskan perkembangan ekonomi negara.

Justeru, katanya, kerajaan mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ketujuh iaitu menangani kos sara hidup yang kian meningkat tahun ini selepas mengambil kira kenaikan harga makanan dan bahan keperluan yang berlaku di peringkat global.

“Dalam tempoh dua tahun, semenjak NKRA mula diumumkan, kos sara hidup di Malaysia telahpun meningkat, memberi kesan kepada majoriti penduduk negara ini di pelbagai peringkat.

“Ramai yang mengalami kerumitannya, tetapi kurang menyedari fenomena ini sedang dialami di seluruh dunia dan turut memberi pukulan yang agak teruk kepada negara lain.

“Apa yang nyata, sudah begitu banyak faktor global mempengaruhi kos kehidupan kita selama ini dan kesan paling teruk dirasai negara miskin dan sedang membangun,” katanya dalam blognya www.1malaysia.com.my di sini, semalam.

Najib berkata, inilah peranan yang akan dibawa NKRA ketujuh dan terbaru iaitu kerajaan akan mencari jalan terbaik memperbaiki rangkaian bekalan pertanian bagi memastikan kekurangan makanan, minimum sepanjang proses pengeluaran dan pembekalan.

Beliau berkata sistem kawalan harga juga akan diteruskan dengan pengurusan subsidi kini sudahpun dikategorikan sebagai antara yang tertinggi di dunia.

“Kita akan memperluaskan lagi inisiatif berfokuskan rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru, Menu Rakyat 1Malaysia yang menggalakkan pengusaha makanan menawarkan pakej makanan dengan harga maksimum iaitu RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari,” katanya.

- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...