Sawan Rumput
Kiran menghidap penyakit sawan rumput iaitu akan menganggap dirinya sebagai rumput.Pada suatu hari kiran berjalan-jalan di ladang kambing. Tiba-tiba dia berlari sekuat hati akibat takut akan dimakan kambing kerana menganggap dirinya rumput. Akibat kejadian tersebut, ibunya membawanya ke hospistal.
DOKTOR: Jangan risau kamu sekarang bukan rumput. Kambing takkan makan kamu lagi sebab kamu manusia.
Kiran: Kambing tu tau tak saya bukan rumput lagi.
DOKTOR: ???
Disebabkan Kiran berkata begitu dia dimasukkan ke hospital khas untuk rawatan selanjutnya.
Cepat Kering
Ada doa orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif
dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu
cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran
yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, "tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".
Kerana Cinta
Kerana cinta duri menjadi mawar
Kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta api yang berkobar-kobar
jadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras
menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit jadi sihat
Kerana cinta amarah berubah menjadi keramah-ramahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan