Halaman

Rabu, 5 Oktober 2011

Lelaki koma tertusuk pisau potong rumput

Nasional Nasional 2011-10-05 10:00 Click: 7 Disediakan oleh Berita Harian

ABDUL Wahab terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah selepas cedera di kepala dan tertusuk bilah pemotong rumput di Kampung Tok Tambak, semalam.

ABDUL Wahab terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah selepas cedera di kepala dan tertusuk bilah pemotong rumput di Kampung Tok Tambak, semalam.
Mangsa dipercayai tertekan suis ketika tukar bilah baru dibeli

ALOR SETAR: Seorang lelaki koma apabila bilah pisau mesin pemotong rumput yang sedang ditukarnya patah lalu melantun dan tertusuk di kepalanya, selepas dia dipercayai tersilap tertekan suis mesin berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Kampung Tok Tambak, Tunjang, dekat sini, Ahad lalu. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 malam ketika Mohd Abdul Wahab Mat, 37, dikatakan sedang menukar bilah pisau mesin pemotong rumput yang baru dibelinya sehari sebelum itu dengan pisau yang berbentuk cakera sebesar piring. Mangsa dikatakan menukar bilah mata pisau berkenaan pada malam itu sebagai persediaannya untuk memotong rumput di sawah pada keesokannya.

Abang mangsa, Mohamad Nor, 49, berkata adiknya yang masih bujang dan mengambil upah kerja kampung, dipercayai tertekan suis mesin pemotong rumput berkenan menyebabkan pisaunya itu patah apabila terkena lantai simen.

Katanya, serpihan bilah pisau itu yang terpelanting kemudian tertusuk di bahagian atas dahinya.

Ketika kejadian hanya mangsa serta ibunya, Chik Ali, 65, dan bapanya, Mat Don, 71, berada di rumah dan mereka berdua terkejut apabila mangsa menjerit sebelum pengsan di ruang tamu rumah.

"Dia baru saja membeli mesin pemotong rumput berkenaan dan menukar bilah matanya sebagai persediaan untuk memotong rumput di sawah pada keesokannya.

"Dia mungkin tertekan suis mesin pemotong rumput itu menyebabkan pisau pemotong itu berputar dan patah apabila terkena lantai.

"Sebaik bapa dan ibu mendapati Abdul Wahab terbaring berlumuran darah, mereka terus mengambil kain serta menekap kepala adik yang luka kerana darah terlalu banyak keluar sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans dengan mata pisau itu masih melekat di kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Abdul Wahab yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri. Doktor sudah menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan mata pisau yang tertusuk di kepalanya sehingga menembusi otak mangsa.

Katanya, doktor memaklumkan adiknya itu perlu menjalani pembedahan susulan kerana masih ada serpihan mata pisau itu terbenam dalam kepalanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Online Casino: The Best Casino Sites in The Philippines
The Online Casino Online is the best 제왕 카지노 online casino 카지노 site in Malaysia. 바카라 사이트 Learn everything you need to know before you join and claim your welcome bonus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...