PERTAMA: Pemimpin jangan dengan mudah merasa selamat. Di
hadapan rakyat, seorang pemimpin itu sentiasa diperhatikan kerana pemimpin itu
adalah tempat rujukan dan ikutan rakyat. Manakala di sisi Allah SWT pula, bukan
saja manusia, terabai tanggungjawab terhadap haiwan pun memungkinkan
dipersoalkan oleh Allah SWT.
Rasa selamat itu ertinya sudah lupusnya rasa
kehambaan. Sedangkan seorang hamba itu, hendaklah sentiasa merasai berdosa
walaupun dalam keadaan tidak berdosa. Betapalah kalau memang berdosa.
Mengekalkan rasa kehambaan yang mendalam itulah yang mendorong seorang pemimpin
sentiasa merintih dan mengadu kepada Tuhannya agar sentiasa memberi petunjuk
dan pimpinan.
Rasa kehambaan juga menjadikan seorang pemimpin itu
sentiasa bertaubat memohon keampunan. Taubat itu pula merupakan salah satu
saluran bantuan Allah SWT. Selain itu, yang lebih penting ialah seorang
pemimpin bertanggungjawab membawa manusia kepada Tuhan. Membawa manusia merasai
rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Tanggungjawab atau peranan itu tidak akan
berkesan kecuali pemimpin itu sendiri memiliki rasa kehambaan dan rasa
bertuhan.
KEDUA: Pemimpin jangan tercabar dengan sebarang kritikan.
Anggaplah sebarang kritikan umpama ada orang yang memberitahu bahawa dalam baju
kita ada lipan. Sekalipun pemimpin tidak bersalah, terimalah lebih dahulu
sebarang kritikan. Wibawa seorang pemimpin akan jatuh sekiranya awal-awal lagi
sudah memberi reaksi sembrono, gopoh dan melenting.
KETIGA: Pemimpin jangan mudah merajuk. Sedari dan
fahamilah bahawa masalah manusia tidak akan selesai dunia Akhirat. Bertambah
tidak selesai, bertambah kusut dan buntu andainya pemimpin membawa diri kerana
merajuk. Masalah akan terus terbiar sekiranya pemimpin memilih untuk lari dari
masalah.
KEEMPAT: Pemimpin jangan menutup pintu perbincangan,
muzakarah atau berkongsi idea, buah fikiran dan pandangan. jangan sekali-kali
bersikap tidak menerima perbezaan pendapat, jangan timbul rasa tidak senang
terhadap mereka yang memberi pendapat yang bertentangan. Lebih-lebih lagi
pantang sama sekali seorang pemimpin itu mencari jalan menghapuskan mereka yang
tidak sependapat, ertinya menyama-tarafkan mereka sebagai musuh.
KELIMA: Pemimpin jangan suka diampu. Sikap begini akan
menjadikan seseorang pemimpin itu di kelilingi oleh pengampu. Pengampu bukan
bererti penyokong dan pengampu juga seringkali tidak jujur. Mereka mempunyai
muslihat untuk kepentingan diri. Laporan dari para pengampu ini seringkali
kurang tepat. Sekiranya seorang pemimpin itu membuat keputusan dan bertindak
atas laporan tidak tepat dari puak pengampu maka akan timbul berbagai fitnah di
dalam masyarakat.
KEENAM: Pemimpin jangan hanya bersedia terhadap orang atau
sesuatu keadaan yang menyenangkan saja, yakni kalau tidak selesa mudah menarik
muka dan menarik diri. Kalau tidak sesuai dengan selera dan keselesaan diri
maka ditolaknya. Pemimpin yang bersikap begini adalah pemimpin yang lemah, yang
tidak berupaya menanggung risiko. Kalau pemimpin tidak mahu mengambil risiko,
betapalah rakyat biasa.
Seorang pemimpin itu mestilah dengan penuh sedar
bahawa tanggungjawab dan amanah Allah itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik
mungkin. Dalam melaksanakan urusan kepimpinan itu Tuhan mahu melihat sejauh
mana kesabaran dan pergantungan kita kepada Tuhan. Manakala kejayaan dalam
urusan itu terserah kepada Allah SWT. Terdapat contoh sejarah di kalangan para
rasul yang Tuhan tegur lantaran sikap kurang sabar, merajuk dan kurang
bergantung kepada Tuhan.Contohnya, ialah Nabi Yunus a.s. Sedikit sikap merajuk
atau kurang sabar Nabi Yunus itu bukanlah sampai terjatuh ke tahap dosa. Hanya
sedikit rasa kurang selesa dengan kaumnya yang degil dan menyanggah seruannya.
Lantaran itulah maka Nabi Yunus a.s. ditegur oleh Allah SWT. Teguran Tuhan itu
didatangkan dalam bentuk Allah timpakan kesusahan kepada Nabi Yunus yang mana
beliau ditelan oleh ikan. Kejadian itu menyedar dan menginsafkan Nabi Yunus.
Lantas Nabi Yunus bertaubat tidak putus-putus.
Apabila taubat Nabi Yunus itu diterima dan Nabi
Yunus kembali berserah kepada Tuhan, maka Tuhan keluarkan beliau dari perut
ikan tersebut. Sewaktu kaumnya menemui Nabi Yunus terdampar di sebuah pantai,
keadaan tubuhnya amatlah lemah. Kaumnya menerima Nabi Yunus dan memulihkannya.
Kaumnya telah mengalami perubahan yang amat ketara. Perubahan kaum Nabi Yunus
itu berlaku ketika Nabi Yunus masih berada di dalam perut ikan. Ertinya
perubahan yang berlaku itu tanpa diusahakan oleh Nabi Yunus, dan tanpa sebarang
penentangan.
Iktibar penting dari peristiwa Nabi Yunus dengan
kaumnya itu ialah betapa sedikit saja tersilapnya seorang pemimpin maka Allah
datangkan kifarah atau denda sebagai penebus dosa. Dan apabila seorang pemimpin
itu bersungguh-sungguh membaiki diri, mendekatkan diri kepada Tuhan, bertaubat,
memohon ampun, merintih, merayu dan menyerah diri kepada Tuhan; tanpa
diusahakan, Tuhan jadikan masyarakat berubah, betapalah kalau disertakan dengan
usaha. Adakalanya kedegilan umat, ingkarnya umat, keras kepada, tidak mahu
patuh, itu adalah merupakan signal dari Tuhan bahawa pemimpin itulah yang
sangat perlu membaiki dirinya. Apabila 'Whan sudi memandang dirinya maka
Tuhanlah yang berhak menunaikan janjiNya melalui Tuhan lakukan perubahan kepada
masyarakat.

1 ulasan:
Borgata Hotel Casino & Spa, Atlantic City - MapYRO
Borgata Hotel Casino & Spa is a casino in Atlantic City, 제주 출장샵 NJ and is open daily 아산 출장안마 24 hours. The casino's 순천 출장샵 23871 밀양 출장샵 square 세종특별자치 출장마사지 foot gaming space features over 2,000 Rating: 2.3 · 2,994 votes
Catat Ulasan