- Hampirkan diri pada
guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang
bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang
dan cara-cara mengubatinya.
- Hendaklah mencari
rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman
sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan
yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.
- Hendaklah berlapang
dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan
dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.
- Hendaklah sentiasa
bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat
pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah
perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin
kepada Mukmin yang lain.
Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama
sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak
mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada
itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela
orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal
keaiban diri terlebih dahulu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan